Rabu, 3 Mac 2010

Percutian ke Kota Kinabalu

Di sini saya hanya ingin berkongsi tentang pengelaman percutian saya bersama keluarga ke Kota Kinablau Sabah pada 4hb. Mac sehingga 7hb Mac, 2010. Selain kami sekeluarga menjamu mata di pusat membeli belah di sana, kami juga sempat melawat ke Hotspring (Air panas) . Perjalanan dari bandar KK menuju ke sana mengambil masa kira2 4 jam. kami menggunakan perkhidmatan teksi sewa secara berchater.

Sebelom kami sampai ke hotspring, kami sempat singgah dan menikmati keindahan di NABALU. Lihat saja pemandangan Gunung Kinabalu dibalik awan putih.

Kami bergambar berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang amat cantik.

Apa yang paling menarik yang ingin saya kongsikan bersama di ruangan ini ialah pengelaman saya bersama anak-anak saya mengikuti permainan
paintball. Pada mulanya kami cuma bermain (menembak target) dengan senjata yang menggunakan kuasa gas yang amat kuat kuasanya namun telah di adjust oleh panjaga permainan tersebut.

permainan ini amat seronok dan anak-anak saya merasa terhibur dengan permainan ini memandangkan permainan saperti ini tidak ada di negara kita kerana memandangkan senjata yang digunakan untuk permainan ini amatlah merbahaya yang boleh mengakibatkan kecederaan yang serious jika tidak dikawal dan diawasi dengan amat ketat. namun keseronokan tersebut bukan cuma dinikmati dan dirasakan oleh anak-anak saya sahaja, malah saya sendiri ikut sama bermain bersama-sama mereka. Lihat saja aksi saya di bawah ini.

Permainan kami bertambah seronok dan semakin hebat apabila kami empat seperanakan membuat perang olok-olok. saya bersama anak bungsu saya, Mohd Amirul Zaqwan (10 thn) manakala musuh kami pula ialah Norhijatul Hidayah (16 thn) besama adiknya Mohd Fitri Hafidz (14 thn). Lihatlah aksi-aksi hebat kami di bawah ini.

mula-mula kami diberikan penerangan tentang peraturan semasa peperangan olok-olok ini. lelaki yang berdiri di tengah-tengah dengan memakai head band itu adalah
marshal permainan. sesiapa yang telah terkena tembakan akan dimasukkan ke dalam safe zone .

Amirul zaqwan sudah pun bersedia untuk bertempur. meskipun berbadan kecil akan tetapi dia mempunyai kebolehan dan kemahirannya sendiri.

Didalam permainan ini, amirul lebih banyak membuat serangan dan mendapat menembak kakak dan abangnya.
Sementara itu abangnya Mohd Fitri juga tidak kurang hebatnya. masing-masing tidak mahu mengaku kalah dalam permainan perang olok-olok ini.

Apa pun semua ini hanyalah permainan dan hiburan semata-mata. Mereka hanya musuh di dalam permainan tetapi kekal sebagai adik dan kakak.

Adat permainan pasti meletihkan meskipon ianya menyeronokkan.. Amirul merasa letih setelah mengikuti beberapa pusingan permainan ini. Dia berehat seketika untuk melepaskan penat dan lelah.

Begitu juga dalam permainan ini, pasti ada yang kalah dan ada yang menang dan tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan kekalahan masing-masing. ada saja alasan yang dibuat demi untuk melepaskan ketidakpuasan hati itu. begitulah yang terjadi pada kedua adik-beradik ini.

Kami anak beranak berasa amat seronok dengan permainan perang olok-olok itu dan pada akhir permainan kami sempat bergambar sebagai tanda kenangan. di bawah ini adalah
pose pose hero-hero negara Brunei Darussalam.

Ketiga-tiga Heroes ini Adalah bakal perajurit negara yang sanggup berkorban demi Kedaulatan Negara, Bangsa dan Ugama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan