Khamis, 11 Mac 2010

LAPORAN DARI STUDIO KUALA BELAIT

Kali ani aku kan berkongsi cerita tentang tugas membuat laporan dari studio ke studio melalui rancangan rampai pagi. Melalui artikel ku kali ani, aku akan menceritakan dan menunjukkan secara ringkas bagaimana ianya dilaksanakan. Sebelom atu aku terangkan dulu secara ringkas saja, peralatan yang ada di dalam studio ani.

Ani adalah sebahagian dari crew yang bertugas di dalam gallery / studio dimana crew di dalamnya bertanggungjawab dengan tugas masing-masing iaitu petugas yang bertanggungjawab dalam bidang cahaya lampu (Spot Light), petugas yang bertanggungjawab dalam mengendalikan CCU (Color Corrector Unit), petugas yang betanggungjawab dalam mengendalikan switcher (mixer) yang dipanggil Vision Mixer, petugas yang betanggungjawab dalam mengendalikan sesuatu rancangan saperti Rampai Pagi dipanggil PA (Production Assistant) dan petugas yang mengendalikan sound level untuk presenter dan vt machine.

Ani adalah equipment-equipmentnya yang ada di dalam gallery ani.. ani adalah mixer lampu yang berfungsi untuk mengawal cahaya lampu di dalam set samada ia mencukupi bagi sesuatu rancangan termasuk untuk rancangan rampai pagi…

sementara atu disebelahnya pula adalah tempat CCU (Color Corrector Unit) dimana ianya berfungsi bagi menyelaraskan warna atau cahaya di dalam kamera studio sama dengan warna yang ada di dalam set. Menstabilkan warna muka terutama sekali, pakaian dan set sesuai untuk di transmitkan ke tv di rumah-rumah

Switcher atau mixer adalah satu mesin yang diigunakan untuk transition / pertukaran yang dibuat dari satu shot kepada satu shot, dari satu lokasi ke satu lokasi di dalam set studio dengan menggunakan berbagai teknik iaitu saperti quantel.. mixing, wiping dan menggunakan kaedah CSO. Fungsi switcher ani adalah untuk melaksanakan perjalanan program yang dirakam maupun yang dilakukan secara Live agar ianya berjalan dengan lancar, teratur dan kemas. anilah bentuk machine nya.

Di sebelahnya pula adalah mesin VT (video tape) yang berformat DIGITAL. Mesin yang kecil ani digunakan untuk playback bagi kegunaan background CSO...

...manakala VT yang sebelahnya pula adalah VT player yang digunakan untuk playback insert bahan dari daerah ani.

Tugas ani dilaksanakan oleh seorang PA (Production Assistant). Tugasnya adalah memberi arahan atau panduan kepada pelapor yang duduk di dalam set studio melalui intercom. kebteulan pada hari ani PA nya adalah Awg Rosli Hj Jais.

kedia yang bertanggungjawab memberi panduan dan arahan kepada Pelapor atau presenter kami pada hari ani iaitu Aerwan yang mana mereka berkomunikasi melaui intercom manakala presenter mendengar arahan tersebut melalui earpiece nya.

Lelaki yang berdiri menyandar di dinding memakai cap atu adalah Mohd Yadi, bertugas sebagai Vision Mixer. orangnya pendiam..mungkin jua pemalu.. ntah ah... liat saja si Rosli atu..senyum-senyum saja didepan kamera.

Disebelahnya pula adalah audio mixer dimana seorang soundman akan ditugaskan untuk mengawal dan mengawasi tinggi rendahnya suara presenter dan juga audio bagi insert yang akan dimainkan nanti.

Ani adalah crew yang bertugas pada hari ani yang terdiri dari Sasnan, (pengawas cahaya lampu), Sabli (pengawas CCU) ,

Rosli (PA) dan Habibah petugas maintenance. Pada hari ini, Habibah ditugaskan untuk mengendalikan di sound mixer.

Manakala , Hjh Zubaidah pula (yang menunjuk) juga adalah seorang maintenance dimana dia bersedia untuk membantu jika ada terjadi sebarang masaalah teknikal berlaku.

Anilah keadaan suasana mereka bertugas semasa LIVE..

Atulah catatan ringkas senario di dalam studio .. sabagai perkongsian bloggers di luar sana..

Well...Kebetulan , d studio pada pagi ani dijalankan satu kursus make up yang dikendalikan oleh crew dari bahagian Latihan, Madang. Pengkursusnya pula khas didatangkan dari Australia. Make-up yang diajarkan ani adalah khsusus bagi artis atau presenter TV. Ani adalah sebahagian dari gambar yang sempat ku rakamkan .

Aerwan, pelapor dari Kuala Belait juga sempat diberikan make-up sebelom beliau membuat laporan di udara.

Selepas diberikan make-up, Aerwan pun duduk di tempatnya bersedia untuk ke udara, bagi menyampaikan laporan dari daerah Belait.

Hj Yassin, make up artist mengambil kessempatan menggambar Aerwan sebagai tandai kenangan..mungkin jua peminat..dalam diam-diam.. siapa tau kan? kan? haha Jz kidding...

Beliau menunggu arahan dan mendengarkan countdown dari PA yang berada di gallery melalui intercom.

Sekarang Aerwan sudah pun ke udara dan berkomunikasi dengan pelapor dari Studio Bandar Seri Begawan.

Sementara Aerwan membuat laporan, para kursus yang mengikuti kursus make-up tadi monitoring make-up yang dipakai oleh Aerwan melalui kaca TV yang ada di set tersebut.

Disamping kursus make-up ani, ada satu kursus lagi yang berjalan serentak pada hari ani yang juga di organize oleh crew Latihan Madang ani.. iaitu kursus SINGLE AND MULTI HD TV PRODUCTIONyang bermula pada 3hb. Mac, 2010 dan akan berakhir pada 13hb.Mac, 2010. Ani adalah sebahagian daripada para kursus yang mengikuti kursus tersebut.

Para kursus sedang diberikan arahan untuk membuat satu rakaman di dalam set. Masing-masing mengambil tempat bagi melaksanakan projek dorang ani..

ada yang bersedia di kamera, ada yang menset cahaya lampu.. ada jua yang Cuma menyebok-nyebokkan diri..

Anilah suasana kesebokan yang berlaku di studio Kuala Belait pada Khamis, 11hb. Mac, 2010. Semua ani ditunjukkan kepada bloggers untuk perkongsian agar dapat mengetahui serba sedikit idea macamana Laporan dari studio ke studio dilakukan setiap hari ani.. dan jua mengongsikan kejadian yang berlaku pada hari ani.

Anilah aku, bergambar bersama Habibah, salah seorang crew maintenance kami di studio RTB ani..

Aku masih mengunjar, mencari bahan yang akan dikongsikan bersama pada blogers blogers di luar sana..

Terima kasih kerana abis kita sudi melawati blog ku ani..insya Allah, aku akan sentiasa mengupdate blog ku ani jika ada bahan yang menarik .. dan jika aku inda sebok..

Perkongsian oleh: Blackhawk1110

11hb. Mac, 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan