Isnin, 1 Mac 2010

Pengelaman di KB

K.Belait - 1hb Mac, 2010. ketika hendak menuju balik ke bandar seri begawan dengan menggunakan lebuhraya by-pass KB-Seria kira-kira jam 4.35 ptg, saya telah ditahan oleh anggota Polis Terafik kira-kira 1 km dari simpang masuk ke perindahan rakyat jati mumong. Saya agak menggelabah sedikit apabila ternampak dari jauh, 2 orang pegawai polis terafik melambai-lambaikan tangannya menahan kereta saya, meskipon saya menyedari secara spontan bahawa baru 2 minit yang lalu saya telah melakukan kesalahan lalulintas iaitu memotong beberapa buah kereta termasuk sebuah tanker di garisan dua (double line).

Ianya bermula ketika saya sedang mengekori beberapa buah kereta (dalam 5 buah) yang berjalan begitu perlahan sekali. saya amat hairan pada mulanya kenapa mereka berjalan begitu perlahan sekali. apabila saya amati ternyata sebuah tanker berada dihadapan mereka. apabila saya mendapati tidak ada kenderaan dari hala bertentangan, lalu saya pun memotong 3 buah kereta dan terpaska masuk semula ke lorong sebelah kiri kerana tiba-tiba ada kenderaan dari hala bertentangan. timbul pertanyaan dikepala saya, kenapa semua pemandu-pemandu itu tidak memotong tanker tersebut. tanpa mensyaki apa-apa, lalu saya pun memotong kereta dihadapan saya termasuk tanker yang dihadapan sekali itu. kebetulan pada masa saya memotong itu, saya berada di garisan dua (double line). itulah puncanya kenapa saya di tahan oleh pegawai polis terafik tersebut. akhirnya saya diberikan tiket compound. itu lah nasib malang saya pada petang itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan