Isnin, 8 Mac 2010

Minat Membaca

Kali ani aku kan share sedikit fasal minatku dalam pembacaan. Aku ani sebenarnya kambuh, kan bekongsi fasal topik ku kali ani oleh kawanku si Shamril. Bila ku liat blognya cerita fasal novel yang baru dibacanya ah...hehe aku pun mana ku mau kalah..

sebenarnya kami mempunyai minat yang sama..pada penulis yang sama iaitu Ramlee Awg Murshid. aku ani sebenarnya lama dah mengikuti perkembangan penulisan siRamlee ani..aku sentiasa monitor novel-novelnya yang terbaru. si Shamril baru mula membaca novelnya yang berjodol UNGU KARMILA.. pada hal cerita atu lama dah diterbitkan iaitu tahun lepas.

Pada masa ani, novelnya yang terbaru ialah 9 NYAWA.. ianya diterbitkan pada tahun lepas 2009. Lawa ceritanya hehe..tapi mana ku mau ceritakan di sini..kalau mau tau..beli novelnya dan baca.. mm..pasti menarik..
sebenarnya aku beminat membaca ani semasa aku masih dibangku sekolah lagi. tapi pada masa atu aku meminati novel yang bernama TAMAR JALIS, BERCAKAP DENGAN JIN.

Sebelom aku membaca novel yang ditulis oleh Ramlee Awg Murshid, aku banyak membaca dari novel-novel yang bercorak thriller, mistik, kekeluargaan dan banyak lagi. Di bawah ani adalah sebahagian dari novel-novel collection ku.
Sebelom ku lupa, aku ingin membagitau pembaca semua bahawa kediaku kambuh balik membaca novel-novel ani dari kawan sekerjaku, Dk Hjh Noraini. Kedia lah yang merekomenkan aku membaca novel-novel tulisan Ramlee Murshid ani.. dan novel pertama yang aku baca ialah TOMBIROU, kemudian bersambung dengan SEMANGAT HUTAN dan di akhiri ceritanya TOMBIROU TERAKHIR. Semua cerita ini berhubungkait.

Bermulanya dari sini aku terus berminat untuk mengikuti novel-novel tulisan Ramlee Murshid saperti HATIKU DI HARAJUKU, RAHSIA PERINDU, ADAM, MIKHAIL.. dan banyak lagi novel-novel hasil tulisan penulis hebat ani.

Namun aku amat suka jika satu cerita atu bersambung dan berhubungkait dengan novel seterusnya umpamanya BAGAIKAN PUTERI, kemudian disambung dengan CINTA SANG RATU dan di akhiri dengan HIJAB SANG PENCINTA.

Jika para pembaca adalah orang yang amat menyintai pembacaan novel..aku gerenti abis kita akan berpuas hati apabila membaca novel-novel yang ku sebutkan tadi. Pastikan para pembaca akan membaca mengikut susunan yang ku terangkan tadi otherwise kalau tebalik.. abis kita akan keliru dengan jalan ceritanya..

So, start tah membaca novel tulisan Ramlee Awg Murshid ani.. aku gerenti abis kita akan merasa sesuatu kelainan apabila membacanya..dengan teknik penulisannya yang hebat, kita seoalah-olah berada di dalam cerita atu.. seolah-olah kita adalah watak dalam cerita atu.. atu yang MAHAL tu.. hehe assalammu alaikum dan selamat membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan