Khamis, 18 Mac 2010

KEKUASAAN DAN KEBESARAN ALLAH DIHADAPAN MATA KEPALAKU SENDIRI:

Kali ani aku ingin berkongsi pengelaman yang aku alami dan lalui baru beberapa minggu yang lalu iatu dalam pertengahan bulan Febuari, 2010 dan awal bulan Mac, 2010 . Apa yang aku paparkan di dalam artikel ku kali ani bukanlah untuk menunjukkan seolah-olah aku mempunyai kelebihan atau pemandai nya orang kitani tetapi sebaliknya apa yang aku ceritakan ani adalah untuk kitani sama-sama berfikir dan menimbangkan akan kebesaran dan kekuasan Allah yang MAHA dalam segalanya. Tiada niatku sedikit pun untuk mendabik dada dengan pengelamanku ani akan tetapi adalah sebagai satu pengajaran dan perkongsian semata-mata agar kitani sama-sama mengambil iktibar dengan kejadian yang amat menakjubkan diriku ani.


Aku inda ingat bila harinya .. tapi yang aku masih ingat ialah pada masa atu, aku dan anakku yang bungsu, Mohd Amirul Zaqwan (10 tahun) bertolak dari rumah kira-kira pukol 5.45 subuh menuju ke KB dengan menggunakan scooterku. Sebenarnya aku bertugas di studio RTB KB pada ketika atu dan anakku si Amirul ani sengaja ikut kediaku kerana ia kan minta singgahkan arah abangnya yang tua di Panaga, Seria.


Bila matahari sudah menampakkan cahayanya sedikit pada ketika atu, baru tah aku nampak bahawa awan ketika atu amat gelap..yang mana menunjukkan hujan akan turun dengan lebatnya. Aku secara spontan membaca segala ayat-ayat dan surah yang ku hafal sambil berdoa di dalam hatiku, semoga Allah melindungi kami anak beranak dari mara bahaya dan jua dari disimbahi hujan.


(gambar hiasan)


Dalam banyak-banyak ku membaca atu.. hatiku inda yakin bahawa ayat-ayat dan surah yang ku baca atu akan menyelamatkan kami dari terkena hujan.. namun secara tiba-tiba hatiku seolah-olah diketuk dan diberitahu oleh bisikan halus yang inda dapat aku huraikan..namun cukup jelas dipendengaran qalbuku seolah menyatakan bacalah: “SUBHANALLAH… WALHAMDU LILLAH… WALA ILA HA ILLALLAH… WALLAHU AKBAR… WALA HAU LA WALA QO WATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIM…


Bila mendapat alamat atu…aku pun terus membacanya.. dengan TERTIL.. dengan penuh khusyuk dan penuh yakin.. dengan membacanya sebiji-sebiji…. Bukan membacanya sekali lalu macam atu saja tetapi aku membacanya dengan memasukkannya sekaligus ke dalam qalbuku… sehingga terasa pundak-pundak dan bulu-bulu romaku bediri semuanya..seolah kepalaku terasa besar ketika atu… dan pada masa yang sama aku terus berniat :” Ya Allah, kau lindungi kami dari mara bahaya dan dari musibah hujan .. JANGAN kau turunkan hujan pada kami walau setitik pun ke tubuh badan kami.. dan sampaikanlah kami ke destinasi kami dengan selamat tanpa basah oleh air hujan.. kalau boleh sampai aku menghantar anakku arah abangnya di Panaga” macam atulah lebih kurang niatku pada ketika atu..


(gambar hiasan)


Memang pada masa atu.. kalau diliat dari sudut mata kasar..bahawa awan pada masa atu amat hitam, tebal.. dan kalau nya kan hujan pun pasti turunnya amat lebat…tetapi dengan KEBESARAN DAN KEKUASAAN ALLAH jua.. perjalanan kami yang bermula dari rumah sehinggalah ke destinasi yang kami tuju.. indada setitik air hujan pun yang singgah membasahi kulit kami anak beranak.. Cuma pada permulaan aku berniat tadi.. hanya SETITIK saja air hujan menitik TETAPI TIDAK mengenai kulit badan kami ..Cuma menitik di slider helmet ku.. Cuma SETITIK sahaja… SUBHANALLAH… MAHA SUCI ALLAH DENGAN KEBESARAN DAN KEKUASAANNYA…


(gambar hiasan)


Aku amat takjub dengan kejadian atu.. berulang kali aku memuji kebesaran Allah ketika atu..kerana ALLAH telah memakbulkan doa dan permintaanku melalui kalimah SUBHANALLAH…WALHAM DULILLAH… WALA ILA HA ILLALLAH…WALLAHU AKBAR…WALA HAU LA WALA QO WATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIM…


Dan yang PALING menakjubkan aku.. di depan mataku sendiri..ketika kami menggunakan bypass di antara SERIA dan KB.. mataku sendiri Nampak awan hitam yang tebal atu … ttiba-tiba berrpecah menjadi dua… satu menuju ke hala kiri ku dan yang satu menuju ke hala kananku ..iaitu menuju kea rah laut..


(gambar hiasan)


SUBHANALLAH…MAHA BESAR KAU YA ALLAH.. MEMPERLIHATKAN AKU DENGAN KEBESARANMU DAN KEKUASAANMU DIHADAPAN ,MATAKU YA ALLAH…jikalah ada saksi mata SELAIN anakku sendiri ketika atu… mereka juga pasti akan mengucapkan SUBHANALLAH…MASYA ALLAH…LA HAU LA WALA QO WATA ILLA BILLAH


Selepas aku mengantar anakku arah abangnya di barik Polis Panaga, ada sedikit lucu. Tiba-tiba saja ujan turun renyai-renyai.. aku sedikit tersentak ..tekajut.. eyh kataku dalam hati.. kenapa tia ujan ani? Tapi walaupun pada masa atu hujan baru turun renyai renyai namun setitik pun inda menitik dikulit badanku, SUBHANALLAH..sekali lagi aku memuji KEBESARAN ALLAH. Air hujan atu Cuma menitik arah cermin scooter ku… tapi langsung indada menitik arah di slider helmet ku. Aku cuba mengingati kembali..apa silapnya… lalu aku teringat…bahawa pada masa aku berniat atu..aku memohon pada Allah agar hujan tidak membasahi kami SEHINGGA aku SAMPAI mengantar anakku arah abangnya.. SILAP ku sendiri.. namun dalam diam-diam..aku tekidum sendiri mengenangkan kealpaan ku atu.. lakas-lakas aku memasang niat lagi sekali…lebih kurang macam ani niatku…”Ya Allah.. kau lindungilah aku dari hujan ani sehingga aku sampai ke tempat kerjaku”


Sungguh menakjubkan… sekali lagi ALHAMDULILLAH…ALLAH telah perkenankan doa dan permohonan ku.. tiba-tiba saja hujan inda turun…PADA MASA ATU JUA….MEMANG TUNAI… sehingga lah aku sampai ke tempat kerjaku…malah.. sehari atu.. hujan langsung inda turun.. TAPI BUKAN kerana aku meminta supaya INDA hujan sehari atu… mungkin ALLAH sudah SET kan bahawa petang atu… hujan inda turun… MUNGKIN.. WALLAHU WA’LAM BISSAWAB… SEGALA KEJADIAN ADALAH DIDALAM RAHSIANYA JUA..


(gambar hiasan)


Atu adalah pengelaman ku yang pertama seumur hidupku yang pernah aku lalui dan alami benar-benar TUNAI dihadapan mata kepalaku sendiri ..disaksikan oleh anakku saja ketika atu… namun, pengelaman atu inda beranti di sana saja.. malah aku alaminya lagi untuk kali keduanya…


PENGELAMAN KEDUA:


Inda lama dari kejadian pertama atu, aku kira dalam 3 hari selepas atu.. kejadian yang sama terjadi lagi. Pada hari atu, pagi-pagi aku kan mengantar anakku ke sekolah chung Hwa di Bandar. Sebelom aku turun ke bawah, ku liat dari tabuk rumahku, cuaca usulnya baik.. tapi bila saja ku keluar dari bawah rumahku menggunakan scooterku…ujan rintik-rintik turun.. dan aku meliat ke langit, awan hitam rupanya.. entah macamana boleh mataku tesilap pandang semasa di tabuk tadi.. oleh kerana aku sudah ahir dan nda mau kan bebalik lagi ke rumah.. aku tekenangkan ayat yang pernah ku baca ssebelom ani.. aku pun membuat perkara yang sama saperti yang ku lakukan 3 hari yang lalu dengan membaca ayat tersebut dan terus beniat, bedoa agar kami selamat sampai dan tidak dibasahi oleh air hujan pegi dan balik.. dengan izin Allah sekali lagi.. hujan rintik-rintik atu segera berhenti.


(gambar hiasan)


Kejadian yang pernah aku lalui dan nampak dengan kepala dan biji mata ku sendiri 3 hari yang lalu berlaku lagi. Awan hitam beredar ke sebelah hala kiri dan kanan.. SUBHANALLAH… masa atu, seolah-olah kami diberikan laluan. Hanya awan putih di tengah hala tuju kami sementara sebelah kiri dan kanan awan hitam… seolah memberi laluan kepada kami.


Yang Lebih menakjubkan lagi… semasa kami berada di traffic light simpang empat sekolah Pusar Ulak, dari jauh lagi kami dapat nampak, hujan sedang turun di hadapan kami… di kawasan TV besar. Tetapi di dalam hatiku berdoa dan berkata, “ Insya Allah… Allah akan memelihara kami..” apabila kami maju…kami dapati hujan tersebut seolah-olah berundur.. semakin kami maju kehdapan hujan tersebut semakin berundur ssehinggalah kami mendekat ke sekolah Chung Hwa.. Aku sungguh takjub dengan kejadian atu dan bersyukur kerana kami selamat sampai tanpa basah kuyup.


Selepas atu aku pun bepusing kan menuju balik ke rumah. Dalam perjalanan atu aku memerhatikan awan tebal tadi melalui side mirror scooter ku… MASYA ALLAH.. LA HAULA WALA QO WATA ILLA BILLAH.. SUBHANALLAH.. aku seolah nda picaya apa yang aku nampak ketika atu. You all know what happen? Awan hitam yang pada awal tadi terpisah dua kini bercantum balik dibelakang ku.. SUBHANALLAH.. Kebesaran Yang Maha berkuasa telah menunjukkan Kekuasaan dan KebesaranNya.. ALLAHU AKBAR.. sungguh Luar Biasa bagi diriku mengalami kejadian ani.


PENGELAMAN KETIGA:


Pada 13hb. Mac, 2010 – sabtu malam.. pada malam ani.. kaka pebinian (kaka ipar) kan mengadakan majlis harijadinya yang ke 50 tahun di rumahnya di tutong. Jadinya aku membawa anak-anak ku yang lelaki besama aku (sebuah kereta) sebab sebelom kami ke tutong, aku kan membawa dorang singgah solat di masjid kampong kami dulu sebab waktu atu nda lagi batah azan maghrib. Sementara atu pebinian membawa peranak yang bini-bini.. dorang sebuah kereta.


Pendekkan cerita.. pebinian sama peranak bejalan dulu ke tutong.. sementara kami bejalan a few minutes kemudian.. bila kami keluar dari kawasan rumah, aku Nampak awan hitam.. tebal.. kalau ikutkan logik.. for sure..hujan..lebat. pada masa atu, aku terus beniat.. “Ya Allah.. Jangan tah kau Ujan..” lebih kurang macam atu ganya niatku.. kemudian aku membaca sekali jalan saja ayat tadi… dan selepas atu kami terus menuju ke mesjid Raja Isteri pengiran anak saleha, Tungku.


(gambar hiasan)


Lepas solat maghrib, kami pun terus menuju ke tutong. Tuk pengetahuan pembaca, sebenarnya malam ani, aku kan ke KB.. sebab besuk hari Ahad, aku betugas.. so aku plan lepas majlis harijadi ani nanti, aku terus balik ke KB.


Dalam perjalanan ke Tutong ani.. ku liat langit.. awan masih itam. Aku betawakkal saja. Alhamdulillah.. kami selamat sampai ke destinasi kami tanpa disirami hujan… Pendek cerita, selesai majlis, aku pun berrtolak ke KB malam atu kira-kira jam 10.45 dan sampai ke KB sebelom kul 12 tgh malam. Alhamdulillah.. hujan inda turun. Dengan Kebesaran dan izin Allah, hujan inda turun sampai besuk harinya… Alhamdulillah.. menakjubkan..


Moral dari ceritaku ani ialah kebesaran dan Khasiat dari Ayat yang telah ku baca dengan khusyu serta yakin atu telah membuahkan satu keajaiban dihadapan mata kepalaku sendiri. Saranan pada semua pembaca, agar membaca dan mengamalkan ayat tersebut dengan yakin serta khusyu’… memohon dengan ikhlas..insya Allah, akan Allah kabulkan .. Yakinlah..percayalah dengan Ayat-ayat dan Kalam Allah.


SUBHANALLAH….WALHAM DULILLAH…. WALA ILAHA ILALLAH…WALLAHU AKBAR.. WALA HAU LA WALA QO WATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIM..


Sekian untuk renungan dan diambil iktibar..

Semua yang Baik itu datangnya dari ALLAH

Semua yang buruk itu datangnya dari kelemahan diriku sendiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan