Saya telah sempat melihat dan merakamkan sedikit kejadian kemalangan yang berlaku di simpang empat, traffic light antara jalan menuju ke kg Beribi dengan berdekatan sekolah rendah Kiarong , dan juga jalan menuju ke jalan babu raja yang mana melibatkan sebuah kereta BG (escort) dengan sebuah pickup. semasa saya berada di sana, kemalangan sudah pun terjadi dalam anggaran saya 3 ke 5 minit. ini memandangkan apabila saya mendekati kereta BG tersebut, pemandunya masih berada di dalam kereta dan baru sahaja keluar dari kereta tersebut manakala pemandu pick up tersebut juga baru saja keluar dari pick up tersebut. tidak ada kemalangan jiwa mahupon kecederaan di kedua-dua pihak.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan