Pada Malam itu, saya sedang memandu kereta saya menuju ke Kuala Belait. Semasa dalam perjalanan, saya mendengar pengumuman yang dibuat oleh juruhebah radio

Dalam masa 10 minit kemudian, kira-kira jam 10.15 mlm saya melalui ditempat kejadian dimana saya ternampak sebuah kereta saloon telah pun di naikkan ke dalam sebuah trak penunda.. saya tidak pasti jenis kereta tersebut kerana kereta tersebut remuk amat teruk sekali. manakala saya mendapati sebuah tanker berada di gig jalan. Dari sudut penglihatan saya, tanker tersebut tidak begitu teruk jika dibandingkan dengan kereta saloon yang baru saja saya nampak sebentar tadi.

saya tidak sempat mengacukan lensa kamera saya ketika itu memandangkan kesesakan lalulintas yang dikawal oleh anggota polis. saya hanya sempat merakamkan kenderaan-kendaraan yang panjang berbaris pada waktu itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan