Ahad, 23 Mei 2010

Pernikahan / Hantar Berian Peiparan

Pada hari Jumaat yang lepas, 21hb Mei, 2010 adalah hari pernikahan dan jua diselajurkan majlis menghantar berian adi ipar niniboi. mula-mula niniboi kongsikan moment sebelum rombongan dari kami berangkat menuju ke rumah pengantin perempuan.

Ani sebahagian dari barang-barang hantaran yang dapat niniboi rakamkan..

sebelom berangkat, para jemputan dijamu dulu dengan jamuan ringan..

Sebelah Kiri, Hj Galani dan baju kuning sebelah kanan, Hj abd Mutalib, abang ipar niniboi dan abang kepada pengantin..sementara yang di tengah2 pula anak Hj Galani..si Awang Alimin..

Ani adalah BERAS niniboi, abang ipar kepada pengantin.. Hj Abd Khani..

....dan Hj Sisa.. dengan gelaran kami .. PEHIN... atau LIAU....

Hj Buang...seorang guru..iras-iras MR BEAN Brunei..

Mama pengantin.. dan juga mama mertua niniboi... Bu Hjh Mariam.. MANIS SENYUMANNYA.. meskipun sudah lanjut usia namun CAKAH orangnya..

MENU yang bakal dihantar... barang-barang permintaan yang wajib dari pihak perempuan..

Ayung dengan anaknya....
Anak niniboi... Fairuz...

Pengantin bersiap-siap hendak bertolak menuju ke rumah pengantin perempuan...

Rombongan pun sudah bersedia untuk bertolak ....

Tiba di rumah pengantin perempuan....

Wah... Wang Rais sempat lagi MAIN MATA arah niniboi...mmm...

Tuan imam yang akan bakal menikahkan Hj Sabtu pada hari ani...
Bas yang membawa barang-barang hantaran baru saja tiba.....

Paparazzi sebok dengan lensa dorang...mengambil gambar...

majlis dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah dan kemudian diteruskan dengan majlis penyerahan barang-barang yang dipinta oleh pihak perempuan dan selanjutnya barang-barang tanda kasih dari pengantin lelaki...

selepas itu majlis diteruskan bacaan khutbah nikah sebaik selesai sahaja mengambil tanda tangan / persetujuan pengantin perempuan..

khutbah didengarkan bersama oleh pengantin perempuan...

....dan yang lainnya yang hadir...

Alhamdulillah... akad nikah dilafazkan dengan lancar dan baik..

membaca taklik....

berziarah dan seterusnya majlis menapak serta menyarungkan cincin...

Doa selamat dibacakan semoga kedua pasangan "suami-isteri" hidup bahagia, berpanjangan serta aman damai- harmoni selamanya..AMINNN..YA RABBAL ALAMIN...

Next item is.. MEMBEDAKI / MEMACARI PENGANTIN PEREMPUAN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan