Isnin, 3 Mei 2010

Makan Angin...

Pada hari minggu yang lalu, 2hb.Mei, 2010.. niniboi and ninigal makan angin ke KB melawat cucu kami tapi dorang nada di rumah so kami raun-raun ke pekan Belait, membeli juadah di tempat paking bas.. lepas atu kami ke Miri kira-kira pukul 5 ptg..

Semasa di Immigresen Sg Tujuh, kami nampak kereta yang menuju balik dari Miri.. panjang.. dan bila kami selesai mencop paspot di imigresen Miri, kami dapati kereta masih berbaris panjang sampai ke pusing keliling yang belom siap atu..wah.. panjangnya..dalam hati niniboi...

So kami cuma singgah di E Mart.. ninigal saja yang shopping di sana.. niniboi cuma window shopping.. washing eyes lah selajur haha..niniboi cuma membeli dvd di sana.. cerita IPMAN pertama, FROM PARIS WITH LUV sama cerita thailand.

sebenarnya niniboi dah meliat cerita IPMAN sama FROM PARIS WITH LUV atu di panggung, cuma kan meliat lagi di rumah. sambil-sambil menunggu ninigal membeli-beli, niniboi snap sedikit gelagat orang-orang yang ada di sana.

Anak bini-bini ani di dalam kedai COSWAY.. entah apa saja yang direnungnya atu..inda begerak-gerak matanya.. ada jua dalam 10 minit ia bediri di sana..

Nah..sampai tekuap-kuap ia wah...hehe

Si mama sama si anak..sedang membeli sesuatu ...

Mesin jahit fesyen lama..sempat niniboi rakamkan..

Sebuah kereta jenis Produa... SMART..

Apabila kami dah selesai, kami pun berinut balik..kira-kira jam 7.21 maalam, kami sudah pun berada di tempat membayar TOL..dan kami nampak kereta yang menuju balik ke Brunei sudah pun berbaris bermula inda jauh dari TOL atu..wah panjangnya..

kami terkandas di sini hampir sejam lebih.,.. dan kami lepas dari imigresen Sg Tujuh kira-kira pukul 9 malam

Apa yang niniboi kesalkan ialah kejadian tidak mahu bertolak ansur sesama pemandu.. ada yang senghaja memblok pemandu lain untuk masuk ke barisan.. mamandangkan di sana dibukakan 3 barisan untuk memudahkan pihak immigrisen mencop paspot masing-masing.. dan selepas itu kembali ke satu barisan.. di sinilah sikap orang-orang kita sesama sendiri tidak mahu bertolak ansur sehingga hampir saja terjadinya pergaduhan.

Amat menghairankan dan juga timbul persoalan.. kenapa setiap kali terjadinya "cue" yang panjang, kita akan dapati bahawa ianya berpunca adalah imigrisen kitani sendiri kerana bila dilihat... dari pihak Malaysia, cepat dan terpaksa menunggu kereta lain untuk bergerak sedangkan kereta tidak dapat maju dengan cepat kerana lambatnya service dari sebelah kita sendiri.. dari Brunei..

Niniboi tidak mahu menuding telunjuk hanya kerana mendengar rungutan dari orang ramai akan tetapi kerana niniboi sendiri yang terkandas dan menyaksikan sendiri betapa lambatnya petugas dari kitani sendiri meskipon telah dibukankan sehingga 4 counter.. namun masih gagal untuk mempercepatkan keadaan. Semoga pihak yang berkenaan akan dapat berusaha dan berfikir macamana untuk mengatasi perkara tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan