Sabtu, 14 Mac 2015

SEJARAH

Negeri Sabah adalah jajahan takluk Negara Brunei Darussalam seawal pemerintahan Sultan Brunei yang pertama Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar - tahun 1363 - 1402 masehi) sehingga penghujung abad ke 19 selama 500 tahun.

Semasa perang saudara Brunei ( 1661 - 1673 ) Sultan Muhyiddin telah menjanjikan wilayah pesisir pantai Timur Sabah kepada sepupu beliau Sultan Suluk jika membantu beliau memerani Sultan Abdul Hakkul Mubin (yang berkubu di Pulau Cermin di mulut sungai Brunei pada tahun 1673).  walau bagaimana pon pihak Suluk tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan  baik menyebabkan kemurkaan Sultan Muhyiddin yang enggan menyerahkan Sabah kepada kesultanan Suluk.  sejak itu pihak kesultanan Suluk hanya menuntut wilayah Timur Sabah. ini terbukti daripada catitan "The history of Java" oleh Sir Thomas Standford Raffles pada tahun 1817 yang mengatakan bahawa "on the north-east of Borneo proper (Brunei) lies a very considerable territory (Sabah), the sovereignty of which has long been clained by Sulu government". 
* claimed = menuntut, bukan bererti "menguasai" 

Sehinggalah pada tahun 1865, Sultan Abdul Momin Brunei telah memajakkan wilayah Barat Sabah (yang dituntut Suluk) kepada Charles Lee Moses (Moses kemudian menjual haknya kepada W.J. Torrey dan Torrey menjual haknya kepada Baron Von Overbeck, Konsul Empire Austro-Hungary di Hong Kong). Baron Von Overbeck bersama Alfred Dent (Hong Kong) kemudiannya menubuhkan the Dent Company. Pada tahun 1877, Baron Von Overbeck telah ke Brunei untuk membuat pajakan baru dengan Sultan Abdul Momin. Sultan Abdul Momin Brunei telah melantik beliau menjadi Maharaja Sabah dan RAja Gaya dan Sandakan. Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah Timur Sabah pada masa itu, Baron juga membuat perjanjian dengan Sultan Suluk ke atas wilayah Timur Sabah yang dituntut Suluk sebagai jaminan mengelak masaalah2 dikemudian hari (dan beliau dilantik oleh pihak Suluk sebagai Raja Sandakan dan Dato Bendahara).  Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh Baron Von Overbeck kepada Sultan Brunei ialah $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong Brunei, manakala duit yang dibayar kepada Sultan Suluk ialah $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878.  Baron von Overbeck kemudian menjual semua haknya kepada British North Borneo Company yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882 - 1946, yang kemudian menyerahkannya kepada Kerajaan British.

Jika dilihat pada dokumen2 pajakan Sabah pada Disember 1877 ada terkandung syarat jika Baron von Overbeckatau pengganti2nya tidak membayar sewa pajakan selama 3 tahun maka Sultan Brunei / Temenggong Brunei berhak mengambil balik semua wilayah yang dipajakkan itu akan tetapi Brunei TIDAK menuntut Sabah. Ini adalah kerana rakyat Sabah telah memilih Malaysia pada 1963.  itulah pilihan yang dihormati  walaupon terasa pilu di hati sesetengah rakyat Brunei pada masa itu.  dan sehingga kini Sabah (Malaysia) tetap erat bagaikan kerabat walaupon tidak duduk serumah (senegara) tetap duduk berjiran (bernegara jiran) tetap mesra dan hormati-menghormati antara satu dengan lain.  Yang berhak pula TIDAK menuntut sebaliknya yang tiada berhak (Suluk) yang malar menuntut.

Bersama ini dilampirkan dokumen2 perjanjian pajakan Sabah pada tahun 1877 yang berkaitan iaitu BUKTI-BUKTI SABAH ADALAH  DI BAWAH PEMERINTAHAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEHINGGA 29HB DISEMBER 1877 DAN SEBELOM ITU TIDAK PERNAH DISERAHKAN KEPADA MANA-MANA NEGARA/ KERAJAAN (TERMASUK SULUK). 

Untuk makluman, semua dokumen-dokumen asal ini adalah disimpan di PUBLIC RECORD OFFICE LONDON dan mempunyai bilangan rujukan Colonial Office:  874/2,  874/17,  874/18,  874/19 dan 874/20.

untuk penggetahuan semua...
BETULKAH SEJARAH SABAH YANG SALAH DALAM BUKU TEKS

SEKADAR PERKONGISAN UNTUK MAKLUMAN SEMUA

niniboi perolehi dari perkongsian sahabat..

March 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan