walaupon kelihatannya mudah namun ianya tidak semudah yang disangkakan.. namun keseronokan mengatasi segalanya..
niniboi memakai topi putih dibelakang abang niniboi.. pada ketika itu niniboi tidak banyak tahu tentang cuaca di kaki gunung sehingga ke puncaknya.. niniboi cuma memakai seluar track dan baju nipis sahaja..
apabila sampai di tempat penginapan.. ternyata ianya begitu sejok walaupon tidak mengeluarkan ais beku namun kesejukannya menyucuk tulang.. niniboi hanya berbekalkan tuala mandi saja untuk menutup dan menghalang dari suhu sejok..
Lihatlah keadaan niniboi dan kawan2 niniboi pada ketika itu.. sehingga ada yang memakai kain menahan dari suhu sejuk..
pada awal subuh sudah kira2 pukol 4 pagi kami dikerahkan untuk bangun dan memulakan pendakian kerana andainya kami lewat, maka kabus tebal akan menutup penglihatan..
kami berada di tanah lapang puncak gunung.. semuanya keletihan.. kelihatan di belakang kami awan tebal sehingga kami mampu melihat kapalterbang melintasi kawasan tersebut dibawah pandangan kami..
kami berada di kaki puncak gunung... dalam beberapa minit sahaja kami bakal menjejakkan kaki kami di puncak gunung..
itulah sahaja perkongsian pengelaman niniboi mendaki gunung Kinabalu Sabah pada ahir 70an bersama-sama anggota askar Di Raja Brunei yang diketuai oleh abang niniboi sendiri. Meskipon ianya merempuh sedikit kesukaran namun atas azam yang kuat maka kami mampu dan menjejakkan kaki di puncak gunung Kinabalu.
sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan