Isnin, 19 April 2010

SAYANGI NYAWA AWDA DAN ORANG YANG MENYAYANGI DIRI AWDA...

Topik niniboi kali ani agak berbeza dari yang sudah-sudah... niniboi lebih menjurus kepada informatif dan kesedaran. apa yang niniboi ingin sampaikan dan kongsikan pada kali ani berdasarkan pengelaman.

SAYANGI NYAWA AWDA DAN ORANG YANG MENYAYANGI DIRI AWDA...
Pada musim bujang-bujang dulu..masa remaja,terurtama sekali semasa masih dibangku sekolah ..niniboi mudah terpengaruh dengan ulah dan tingkah laku kawan-kawan, terutama sekali kawan yang akrab dengan niniboi.

Niniboi akui bahawa niniboi TIDAK pernah menjamah atau consume DRUGS nor ALCOHOL from my younger age until now BUT niniboi cuma terpengaruh dengan ROKOK. Pada mulanya niniboi cuma main-main saja tapi lama kelamaan, niniboi menjadi kebiasaan though i am not a great smoker .

Inilah yang ingin niniboi kongsikan pada semua PEROKOK.. niniboi cuma ingin berkongsi dan membuka minda abis kita semua tentang RISIKO merokok ini.

Niniboi bukan bermaksud untuk mendabik dada bahawa niniboi ani baik hantap tapi niniboi mempunyai niat untuk memberikan gambaran dan kesedaran pada dorang yang belum membuka mata hati dorang tentang risiko dan bahaya merokok ani.

Niniboi memang pernah dan sering berhenti merokok dan memang niniboi berjaya bertahan dalam beberapa tahun. pernah niniboi bertahan 2 tahun lebih berhenti merokok tapi pabila bergaul dengan kawan-kawan, habit atu balik lagi..niniboi inda menyalahkan kawan-kawan tapi niniboi menyalahkan diri sendiri. Kurangnya IMAN..kurangnya kekuatan diri dan kurangnya kepercayaan tentang implikasi serta risiko rokok ani... namun alhamdulillah.. pihak kerajaan tidak pernah kendur-kendur memberikan galakan serta mendedahkan risiko merokok ini melalui promo di media cetak mahupun media elektronik... My turning point was when i watched one of the PROMO.. bila dorang menampakkan asap yang masuk ke dalam badan kita dan meresap di hati dan jantung kita..

apabila jantung itu di bedah..mengeluarkan darah hitam pekat... dan malah ada yang beku.. itulah salah satu sebab mengapa perokok kadang-kadang sesak nafas dan sebagainya.. itulah yang menyebabkan niniboi berhenti merokok hinggalah sampai sekarang.. mari kita lihat apa yang kita TIDAK TAHU DAN TIDAK SEDARI ... dan mungkin kita TAHU tapi SENGHAJA PURA-PURA TIDAK TAHU..

APA YANG TERKANDUNG PADA SEBATANG ROKOK?.

1. KARBON MONOSIDA - GAS BERACUN PADA EKZOS KERETA

2. NIKOTIN - RACUN RUMPUT

3. AMONIA - PEMBERSEH LANTAI

4. ARSENIK - RACUN SEMUT PUTIH

5. BUTANE - MINYAK PEMETIK API

6. HYDROGEN CYANIDE - GAS BERACUN YANG DIGUNAKAN PADA PENJENAYAH

7. TOLUENE - SOLVEN INDUSTRI

8. DDT - RACUN SERANGGA

9. TAR - BAHAN MEMBINA JALANRAYA

10. ACETONE - PELUNTUR CAT

11. CADMIUM - BAHAN BATERI KERETA

12. METHANOL - MINYAK ROKET

13. NAPHTALENA - UBAT GEGAT


Cuba kita bayangkan... apa yang kita hisap dan sedut itu adalah saperti yang niniboi jelaskan di atas tadi... sanggupkah kita menyedut dan menghisap MINYAK ROKET? UBAT GEGAT? RACUN RUMPUT? RACUN SERANGGA? cuba bayangkan... semua RACUN-RACUN ani kitani IMPORT ke dalam badan kitani yang pada asalnya memang FREE FROM ANY KIND OF POISONS... Take a little while to think about it...

Kemudian kita perhatikan pula apa IMPLIKASI DAN RISIKO bagi dorang yang merokok ani...


MEROKOK BOLEH MEMBUNUH - SMOKING KILLS

PEROKOK TERDEDAH KEPADA PENYAKIT-PENYAKIT INI:

1. STROK (STROKE)
2. KATARAK (CATARACTS)
3. KANSER MULUT (MOUTH CANCER)
4. KANSER KERONGKONG (THROAT CANCER)
5. PENYAKIT JANTUNG (HEART DISEASE)
6. PENYAKIT PARU-PARU (LUNG DISEASE)
7. EMFISEMA PARU-PARU (EMPHYSEMA LUNG)
8. ULSER PERUT (STOMACH ULCERS)

SAYANGILAH NYAWA AWDA... BERFIKIR LAH SEKARANG.. BERTINDAKLAH SEKARANG... SEMUANYA BELOM TERLAMBAT... RAMAI YANG MENYAYANGI AWDA.. ISTERI AWDA, SUAMI AWDA, ANAK-ANAK AWDA, KELUARGA AWDA.. FIKIRLAH...

BERTINDAKLAH SEKARANG....DIBAWAH ANI ADALAH LANGKAH-LANGKAH UNTUK BERHENTI MEROKOK:


1. TETAPKAN HARINYA BILA HENDAK BERHENTI MEROKOK - FIX THE DAY / TIME


2. DAPATKAN SOKONGAN - GET SUPPORT

Dapatkan sokongan dari ahli keluarga, kawan rapat dan kawan sekerja. Berkongsi masaalah dengan rakan yang merokok, seterusnya sama-sama membuat perancangan untuk berhenti merokok.


3. BUANG SEMUA ROKOK - THROW AWAY ALL CIGARETTES

Sehari sebelom berhenti merokok, buangkan rokok, pemetik api, tempat habuk rokok dan yang berkaitan dengannya..


4. JIMATKAN WANG - SAVE YOUR MONEY

Setiap hari, kumpulkan wang yang selalunya dihabiskan untuk membeli rokok. Wang simpanan itu boleh dibelanjakan untuk yang lebih bermanafaat.


5. HARI DEMI HARI.. - TAKE ONE DAY AT A TIME

Latih fikiran awda untuk tidak merokok


6. ALIH FIKIRAN - DON’T THINK ABOUT IT

Bila berhenti merokok, awda akan merasa ketagihan terutama sekali selepas makan dan semasa stress. Tabiat merokok perlu digantikan dengan aktiviti sihat saperti bersenam dan memakan makanan berkhasiat saperti buah-buah segar bila ketagihan merokok.


7. TERIMA KASIH, SAYA TIDAK MEROKOK… - THANK YOU, I DON’T SMOKE

Bila dipelawa merokok, katakana dengan penuh semangat, “terima kasih, saya tidak merokok”


8. DAPATKAN BANTUAN PROFESSIONAL - GET PROFESSIONAL HELP

Dapatkan bantuan professional saperti doctor untuk nasihat dan rawatan selanjutnya.


9. JAGA BERAT BADAN - WATCH YOUR WEIGHT

Naik berat badan biasa berlaku selepas berhenti merokok , dengan ketiadaan nikotin yang berfungsi mengurangkan nafsu makan. Oleh itu lakukan senaman 30 minit setiap hari . makan makanan yang rendah kalori dan banyakkan minum air


10. BILA GAGAL… IF U FAIL

Jika gagal, jangan berputus asa. Cuba dan terus mencuba. Ingatlah… setiap batang rokok boleh memudaratkan kesihatan.

Pesanan dan promo ani di keluarkan oleh:

KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Nah...macamana? Niniboi dulu membuang sigup ani menggunakan gula-gula dulu..gula-gula PICOLA... lepas makan adalah masa yang paling nyaman kalau besigup..nda ja? tapi dengan kesungguhan mem dan jua niniboi sendiri..akhirnya niniboi dapat jua membuang dengan mengisap gula-gula.. inda sampai 2 bulan.. niniboi dapat membuang.. CUBA.. TRY... demi KEBAIKAN BERSAMA.. demi untuk keselamatan orang-orang di sekeliling kitani..

TO BE HONEST.. orang yang merokok ani.. tanpa DISEDARINYA... badannya dan nafasnya BERBAU... sebab niniboi perrnah di tegur oleh peranak niniboi sendiri pada masa atu umurnya 7 tahun... katanya, "Ehh.. bebau babah ani eyh.." kata niniboi.. "bebau apa? mana ada bebau" katanya, "badan sama nafas babah bebau" mmm.. malu rasanya di dalam hati niniboi pada masa atu..tapi tahan saja..

SO THINK SMART.. ACT SMART FOR YOUR OWN HEALTH AND OTHERS AS WELL.. dengan tindakan awda untuk QUIT dari smoking akan MENGURANGKAN RISIKO pada orang lain juga..terutama orang-orang terdekat (famili, anak-anak) pada awda.


SAYANGI DIRI AWDA.. SAYANGI ORANG YANG MENYAYANGI DIRI AWDA.. THINK SMART ACT SMART..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan