Isnin, 5 April 2010

BELAJAR MENGAJI...

Al-quran adalah satu mukjizat besar peninggalan nabi besar kita nabi Muhammad Salallahu alaihi Wassalam kepada kitani umatnya. Barangsiapa yang mengamalkan membaca Al-Quran, dia akan mendapat ganjaran pahala yang amat besar dari Allah subhanahu Wataala.

Belajar membaca Al-Quran hendaklah bermula dari bawah iaitu daripada membaca Muqaddam atau lebih dikenali masa kini dengan buku IQRA.. bermula dari ALIF BA TA.. dan mengenali huruf-huruf baris atas, baris bawah, tanwin, dan seterusnya mempelajari Makhraj (bunyi dan keluar huruf) dan hukum Tajwidnya.

Semua ini haruslah dipelajari dari kita kecil lagi..dari kanak-kanak. Melentur Buluh biarlah dari rebung... maka biarlah kita belajar dari usia kecil .. jangan bermula dari usia yang sudah lanjut kerana bunyi atau makhrajnya mungkin akan berubah dan amat susah lidah kita hendak menyebutnya.

Begitulah aktibiti yang dibuat oleh salah sebuah masjid di negara ini iaitu masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Kg Tungku gadong. Setiap pagi hari jumaat, akan kelihatanlah ramai kanak-kanak yang berpusu-pusu berada di dalam masjid tersebut untuk menimba ilmu.. ilmu pembacaan Al-Quran.

Beginilah senario di dalam masjid tersebut.. penuh dengan pelajar kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Rasulullah Salallahu alaihi Wassalam pernah bersabda yang kira-kira bermaksud, "barangsiapa yang berpegang kepada dua ini, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya iatu Al-Quran dan Hadith". Maka dengan itu mempelajari Al-Quran itu adalah menjadi satu tanggujawab yang mesti.. dan tidak boleh tidak bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan.

Bahawasanya Rasulullah pernah berpesan bahawa orang-orang yang membaca Al-Quran akan menerima ganjaran pahala dengan berapa banyak ia membaca.. umpamanya jika ia membaca satu huruf saja Allah akan memberikan gandaan pahala 10 apa lagi kalau satu ayat.. Masya Allah.. Maha Kaya Allah yang tiada satu pun di alam maya ini dapat menandingi akan perbendaharaanNya.

Oleh itu wahai kaum muslimin muslimat sekalian..rebutlah peluang ini iaitu peluang semasa masih muda sebelum tua, peluang masa luang sebelum sempit, peluang masa sehat sebelum sakit, peluang hidup sebelum mati kita. ganjaran pahala yang Allah berikan tiada bandingannya dan semua hasil tersebut akan kita kutip di akhirat nanti.

Masa untuk belajar mengaji ini bermula dari 8 pagi sehingga 10 pagi. Bila waktu balik, ramai anak-anak yang singgah membeli juadah yang ada di jual di tepi pagar masjid tersebut.

ani adalah diantara makanan yang ada dijual.

Oleh itu marilah kita sama-sama memakmurkan masjid dengan hadir berjemaah dan juga membaca Al-quran di dalamnya. semoga kita memperolehi berkah daripadanya AMIN YA RABBBAL ALAMIN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan