SEBAGAI TANDA INGATAN SEMUA:
AL KISAH..
Iskandar Zulkarnain dan bala tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong itu kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi, ada orang yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna baju untuk dijadikan pemegang batu-batu dan ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa-apa.
Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong tapi tidak dibenarkan.
Bila mereka keluar dari terowong maka penyesalan yang amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar. Semua menyesal. Tidak ada yang tak menyesal.
1. paling menyesal ialah yang tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yang dibawa walaupon mempunyai peluang.
2. Yang bawa sikit pon menyesal. "Kenapa lah aku bawa penoh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian itu."
3. Yang bawa penoh baju pon menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari orang lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebaainya.
4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.
Beitulah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yang terkecuali.
Ketka sakaratal maut kita akan dinampakkan gambaran dimana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Saperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. tapi bila roh di halqum sudah terlambat.
Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang Soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa di manfaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh kadang-kadang menentang Allah lgi lah menyesal. Ada amalan tapi sikit. Dosa menimbun.
Orang-orang kafir lah yang paling menyesal terutama mereka yang dah sampai seru, faham fasal Islam tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tetapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Saperti mereka yang mula-mula kutip batu tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal
Itulah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah, "wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembalikanlah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin."
* buat renungan kita bersama..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan